Thursday, January 3

Festival Tari MAKUM 2012


Assalamualaikum dan hye hye semuaaaaa ! :D
maaf lahhh lambat update sal Festival Tari MAKUM 2012. almaklumlaah lepas festari tu am totally lost n busy, only bcoz of lots of assignments and presentations. ek eh? ttbe lak ber-speaking lak kannn hahahah ! oke2, pasti ramai yg tertanye2 MAKUM itu ape kan? MAKUM tu maksudnye Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia. MAKUM ni satu pertubuhan di mana menerapkan seni kebudayaan bagi pelajar2 IPTA sekitar Malaysia. Festival Tari MAKUM lak merupakan satu pertandingan tarian Melayu seperti tarian zapin johor, tarian inang, tarian joget dan tarian kreatif antara universiti-universiti IPTA Malaysia. hah ~ jd UTHM telah mengambil bahagian bg pertandingan tersebut. 

FESTIVAL TARI MAKUM 2012
Tarikh : 14 - 16 Disember 2012 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Dewan Wawasan 2020, UNIMAP, Perlis

aku sebagai peminat seni tari, haruslahhh join untuk wakil UTHM hehehe. mak jah uittt igt senang ke aku mahu join sume ni? kami semua dikehendaki menyertai ujibakat dulu, sape terpilih, mereka laaa yg akan diserap masuk festari makum bg mewakili UTHM yeee anak2. heheheh ~ soooooo AKU TERPILIH ! hehehe. 


Kategori Rampaian Asli - Tarian Inang, Tarian Zapin Putar Alam, dan Tarian Joget.
utk Festari Makum 2012 kali ni stiap IPTA perlu menyampaikan 2 kategori tarian, yakni Kategori Rampaian Asli dan juga Kategori Tarian Kreatif. kami, wakil UTHM telah mempersembahkan gabungan Tarian Inang, Tarian Zapin Putar Alam dan Tarian Joget bg kategori rampaian asli, manakala untuk kategori tarian kreatif, kami telah mempersembahkan Tarian Sewang Orang Asli. Dalam tarian sewang, aku telah dipilih untuk menjadi watak utama, sbb aku paling kurus dlm kalangan perempuan, soo aku boleh tergantung atas buluh dan dikendong oleh dua org lelaki. sgt teruja memula tuuu, then at atas pentas jee, aku mcm ketar2, tp rmi kata aku boom ! hehehe. itu laaa pengalaman aku stakat ni ~

Kategori Tarian Kreatif - Tarian Sewang Orang Asli.
kata orang, menang dan kalah tu adat dalam semua pertandingan, apa yang penting adalah pengalaman dan kenangan kita. yeee, aku akui tu semuaaa! even UTHM tiada tempat top 3 dlm Festari MAKUM 2012, aku tetap rasa berbangga sebab dapat pengalaman mewakili UTHM untuk Festari tersebut, dan aku juga dpat byk kenangan manis serta pahit dalam menghadapi setiap latihan dan juga pertandingan pd mlm tu...uolssss sgt awesome sayang2 ! thanks kpd semua yg byk mengajar aku dalam selok belok tarian dan juga ptandingan ini. Congratulations UTHM !

Kategori Tarian Kreatif (perempuan)
Berikut adalah keputusan penuh bagi Festival Tari MAKUM 2012 :

BUSANA TERBAIK
Kategori Tarian Kreatif - UNIMAP
Kategori Rampaian Asli - UPM

KOREOGRAFER TERBAIK
Kategori Tarian Kreatif - UNIMAP
Kategori Rampaian Asli - UPSI

KATEGORI TARIAN KREATIF TERBAIK - UM
KATEGORI RAMPAIAN ASLI TERBAIK - UPM

TEMPAT KETIGA - UNIMAS
NAIB JOHAN - UM
JOHAN FESTIVAL TARI MAKUM 2012 - UPM 



*Tahniah kepada semua pemenang ! :) cett macam tak ikhlas je kan? hehehehe akan dtg cuba lagi yeee kepada yg kalah tuuuu, tapi kalian tidak kalah dalam memartabatkan salah satu budaya Melayu Kita. chayok2 ! Malaysia boleh ! apa2 tahniah uols, uols are awesomeeeeeee ! 




No comments:

Post a Comment