Monday, January 16

Tragedi November 2011


Bismillahirrahmannirrahim ~

In Memory
Allahyarham Samian bin Abdul Rahim
25th January 1962 - 22nd November 2011
Al-Fatihah ~

Kisah di sebalik Tiba-Tiba ~

14th November 2011
Arwah abah tbe2 jadi semakin lemah dan diam seribu bahasa. kurang bersuara dan banyak membaringkan diri di dalam bilik. nasi, tidak disentuh walaupon sebutir. beliau hanya menginginkan air suam, coke n twister oren. makan pulak, hanyalah tembikai merah dan juga betik. itulaa keinginan beliau di sewaktu aku bekerja. aku jadi pelik. malam pula, dalam pukul 3 pagi cmtuh, beliau telah terjatuh dlm bilik air. mujur aku sedar akan kejadian itu dan telah kukejutkan ibu dan juga usop. sama2 kami ngangkat beliau. beliau cool dan tidur semula, xmerungut.

15th November 2011
Beliau tidak bangun pagi. beliau tidur sehingga petang. aku jadi pelik tapi ibu membebel. hurmm ibu kurang fhm, xpe, dimaafkan. maybe time tuh abah mmg sudah xlarat. sape tahu. sebelum pegi kerja, aku ade kejutkan abah. abah ckp, "hati2 pegi keje." then aku salam tgn abah. sblum pegi aku tye, abah nk mkn pape tak, angah sediakan dulu. then abah ckp, tak ape. simple. hurmm aku pon hanya memberi beliau segelas susu hi-goat kegemaran beliau. done aku pegi keje. dlm kul 4ptg lebey cmtuh laa, aku dpt pggilan drpd abah. abah meraung kesakitan kat aku. aku susah hati. aku mintak kebenaran drpd bos, aku balek sebentar. ibu xtahu, coz aku xnak ibu susah hati. balek shje, abah sekali lagi jatuh dlm bilik air rupanye. hurmmm aku pelan2 angkat dan aku pon terjatuh skali. abah berat. tp aku kne gagah. berjaya membaringkan abah di atas katil. aku pelik. aku tye abah, abah sakit ape ? nk angah hantar ke hospital tak ? *hspital dekat* abah geleng kepala dan mintak aku sapukan minyak kat perut, pinggang dan leher. ade bijik2. aku pelik. aku tye abah, bijik2 ape ni? beliau ckp angin jeee. seblum pegi keje balek, aku sediakan bubur untuk die. then aku bg beliau mkn. mula2 beliau taknak. tp aku pksa coz dh dua hari beliau xmkn nasi. akhirnye beliau kalah. beliau gah kan diri mkn. 4-5suapan sahaja. beliau tdo semula. 

16th - 18th November 2011
ringkaskan cerita. aku telah bukak cerita perihal abah kat ibu. ibu tertanya2. ibu penat. ibu risau dan ibu kurg faham. aku tye ibu, nak bwk abah pegi hospital tak? ibu ckp, aku mampu jaga die, ko ade duit nk byr hospital ke ? aku ckp, dahtu kte xtau sakit abah. ibu ckp, selagi aku hidup, abah aku jaga. then abah terdengar, abah jerit, "kau jangan nk pandai2 laa ngah !" oke, aku diam. ibu spt xfhm. aku tahu, abah mesti ade rahsiakan sumthing drpd kami satu family. abah semakin ssh nk bangun ke bilik air. kdg2 die xtahan nk pegi berak, smpy berteraburan najis beliau. *aku hanya cerita* hurmmm aku je yg selalu perasan akan kejadian itu. xtau kenapa. mula2 ketulan choc berteraburan di lantai, aku cangkung dan cuba lihat ape itu, dannn ade bau, so aku fhm itu ape. aku bersihkan dan aku bgtau ibu. ibu berlari ke bilik abah dah tgk. abah semakin lemah. kelam kabut time tuh. kelihatan tilam abah kebasahan dan berbau. abah sudah berubah. oke, aku fhm. ibu minta aku belikan lampin Dr P. dulu aku yg pakai lampin, sekarang giliran beliau pula. aku pelik dan tertanya2. aku keje, ibu keje. hanya nak menampung sekolah usop, blnje mingguan along, perbelanjaan rumah, bil api air rumah, kedai dan ubatan abah pulak. tp org laen salah sgka, KAMI TANAK JAGA ABAH. Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui. ibu tidak kuat akn cemuhan tu, tp aku kne kuat. org ckp aku MENAGIH SIMPATI MCM PENGEMIS kat fb. xpe, nawaitu aku cume nk memberitahu saudara jauh tentang perkembangan abah sahaja. THATS IT ! aku tiada tempat mengadu selain saudara terdekat. mujur ade mereka yg bg dorongan, panduan dan segala2nye. aku cukup bersyukur ade mereka. dan juga kawan2 terdekat: din, haikal, fahim, epy, jijie dan laen2. 

19th November 2011
mcm bese, aku sediakan sarapan dan juga lunch untuk abah sebelum pergi keje. mcm bese jugak setiap ptg abah akan call aku tye ble nk balek. die sentiasa mintak aku n ibu balek awal. die ngadu die sakit sgt2. ptg tuh aku belikan tongkat untuk abah supaya dpt tampung bdn beliau. aku sedeh die asek jatuh toilet aje. dan aku juga telah nyediakan sekotak besar panadol activefast utk beliau hanya kerana beliau xmoo ke klinik n hospital. degil. aku hanya menurut. dan juga, beliau sering call aku setiap hari kul 3 pagi, mintak diurut bdn bhagian pinggang, perut dan juga leher belakang. bijik2 ade agy. mcm bese, abah ckp angin. aku xpercaya ! aku ckp, abah esok angah bwk abah pegi hospital ehh. bayaran xyah risau, angah tanggung. abah pandang aku dan marah, kau jgn cuba nk pandai2 ngah! aku pon bengang laaa, aku ckp, abah jgn laa cmni, abah xkesian kat ibu ke? ibu nk tgk abah sehat, bukan jd cmni. abah pegi hospital ehh. angah mintak apiz tolong hantarkan. beliau tengking,"tak payah (smbil terbatuk2 kuat)" hurmmmm dan beliau sering sebut2 nama along selepas itu. ini angah, tp beliau sebut along. jujur, aku sungguh terasa apabila beliau sudah xkenal anak beliau. bila aku tegur, barulah beliau panggil aku angah. dan beliau sering juga panggil ibu. mintak ibu dan aku duk sama2 ngn beliau berborak. kami pon menurut kata beliau. bincang psl pmbelajaran aku. abah ckp,"ngah, ko nk smbung mne?smbung lah dekat2 ley jaga ibu." arghhh ! aku tension dn bertye," asal abah ckp cmtuh?" abah diammmm lama. ibu pon nyampuk,"hah ngah, nnt senang kami nk jenguk kau mse bljar, xssh." ibu spt xfhm. xpe, aku fhm, ibu dh penat bekerja n berpikir mcm2. abah pon ckp," kau blaja betul2 ngah, jgn jd cm org laen, abah untung dpt anak2 yg mmg nak blaja." hurmm angah ingat nnk smbung uthm jelaaa, itu kalo ade rezeki. *aku menangis ble pkkan kejadian ni* 

20th November 2011
ibu dh xtahan dan nekad, nak bwk abah berubat kat darussyifa kat bukit perdana. mungkin, itu buatan org. itupon aku dpt contact drpd kenalan Hong Leong Bank aku. aku pk, xpe, try dulu kat stu coz abah selalu meraung2 mlm2. ade mungkin. ustaz sne check bdn abah guna ayat2 suci AlQuran. ustaz tuh ckp kelihatan bdn abah sedang menanggung satu beban. bkan bbn yg khurafat sume bgi. tp beban penyakit. ustaz memberi air taslim dan juga akar kayu untuk direbus. moga2 sehat. tp aku msih agy tidak puas hati, apakah beban penyakit abah itu. ustaz ckp, lebih elok bwk beliau ke hospital segera. aku terdiam membisu. sebab aku hanya menurut kata ibu. ibu, ibulah yg sering memandikan abah dan menyalinkan lampin beliau. Ya Allah ~ 
malam: abah terus2an sebut nama along. aku buntu. ibu nangis. abah bertanyakan sendiri dimanakah beliau berada. beliau seperti tidak kenal akan rumah beliau. aku terdiam terkedu dan membisu. aku tekad dan bertengkar ngn ibu. ibu degil. aku ckp," ibu ! angah tak tahan da, kita hantar abah pegi hospital mlm ni jugak laaa !" ibu bersuara,"macam manaaaa, dh mlm.....ibu takotttt" ibu nak takotkan apeeeee, angah kan ade. ibuuuu kte xtahu tau penyakit abah ni ape dieeee. takkan ibu nk tgk abah terseksa ! mesti ibu xnak gak kannn. dh seminggu ibu, abah terlantar kat katil. tlong laaa jgn degil. kalo belanja hospital xckup, xpe! angah pinjam ngn boss angah. jom ah ibu, angah kol ambulans ! ibu kalah dan menagis. pelan2 beliau dekati abah dan berbisik," abah, sye hantar awk ke hospital ngn angah ye?" abah bersuara,"along mana?" ibu ckp angahkan ade. meh sye n angah hantar awk ke hospital boleh? ibu minta izin. abah angguk. segera ibu tukarkan baju, lampin dan juga kain pelikat abah. segera aku n usop menukar pakaian dan aku tepon ambulans. xsmpy 5 minit, ambulans tbe di rumah. *hospital dekat ng rumah* nurse lelaki checkup darah abah dulu, then baru ngusung beliau masuk dlm ambulans. segera, aku fb kat along mintak pulang tgk abah melalui android phone aku. 

21st November 2011
bergilir2 aku dan ibu menjaga abah di hospital. mcm2 perlakuan abah kat dlm wad. beliau xbyk bersuara. beliau byk diam dan tgk2 org. beliau tenung aku dan juga usop. then tgk ibu. beliau byk cerita ngn ibu. aku keje kannn. ibu cuti isnin. beliau cte nk pegi haji sama2 ngn ibu. bertongkat pon xpe. kdg2 beliau terasa nk sign kertas chekup doktor. bliau conteng. bg beliau itu sign. aku buntu apakah yg cuba beliau smpykan. xpe, aku tggu along balek memberi bantuan. aku sudah buntu. ibu ckp, mungkin itu perangai baby sudah ade pd diri beliau. tidak ibu, angah rse bukan. abah baru 49 thun. die xnyanyok ! along kembali batu pahat mlm tu jugak. seblum tbe nyee along, abah byk tyekan bila along nk smpy. aku buntu, aku jwb, kejap agy. sabar ye abah. abah genggam tgn aku n usop erat2. ouhhh aku terasa kan sesuatu. doktor memanggil aku dan juga ibu. beliau menceritakan perihal abah selepas abah melakukan operation. operation ape ? doc ckp, operation utk mengeluarkan lendiran yg bertakung dlm bdn beliau. sebelum beliau dimasukkan wad, doc sudah ckp, kemungkinan peluang abah untuk teruskan hidup 50-50. ouhhhhh nooo ! apakahhhhh. aku terdiam. ibu pon terdiam. then selepas operation, doc ckp," saya harap anda berdua dapat terima, lendiran di dlm bdn beliau sudah bertakung sehingga paras kerongkong beliau. dan terdpt byk ketulan2 kecil yg bercantum dlm bdn beliau terutamanye bhgian pinggang, perut dan belakang leher." aku pikir, bhgian itu laa yg sering aku urut. Ya Allah ! ketulan kanser rupanye ! ibu hanya mendengar dan tak terkata. aku bertye," doc, adakah operation itu berjaya?" ye operation ibu berjaya, tetapiiiiiiiiiii. apedia doc? doc serba salah. doc berkias agy. dan aku tye direct," berapa peratus agy? 50 or less then that?!" tye aku berkeras. sorry dear, less then 20%. Ya Allah ! apakah sume ini. abah rahsiakan semua ini ??????? doc ckp, actually sblum ni ngikut laporan, beliau hanya tggal waktu setahun sahaja untuk hidup. yeee, abah tidak memberitahu abah sakit lagi ! abah sudah last stage. ouhh salah aku, coz tidak bertanya. salah aku coz xamek peduli. salah akuuuuuuuuuuuuu ! aku bertye abah termenung je, abah selalu ckp xde pape. xsgka beliau tahu beliau xlama nk hidup. ibu nanges dan terduduk. along pulang. along spt xsgka. along sempat jumpe abah. ibu pulang rumah rehat, aku dan along pula jaga abah mlm tuh. abah tido dan abah bangun. tbe2 beliau angkat tgn beliau dan genggam. along bgun lihat. dan abah pon panggil aku. dgn pelan2 beliau bersuara,"fight!" along bertye, nape abah? "fight for ur life!" yeee daddy ! we will fight for life ! 

22nd November 2011
Ibu berniaga. aku cuti sempena cuti awal muharram (cuti diawalkan). aku ngn along gilir2 jaga abah. abah tido je sepanjang aritu. xmkn. tido jeeee. aku n along kejut2, xberjaga. aku takot. aku kejut agy. tp pernafasan abah spt biasa. aku cool. aku dan along acapkali check kaki abah dan tgn abah. panas agy. abah, tlong teruskan hidup. usop sekolah lagy niiiii. hurmmm :( pernafasan abah semakin perlahan. aku dh nangis da. along kuat. ptg ibu dan usop dtg. giliran mereka jaga abah. aku n along jd serba slh nk pulang ke rumah. xsmpy 15 min kami smpy umah, ibu kol, suro dtg tgk abah. bergegas kami ke hospital. aku terus ke katil abah pegang kaki abah. sejuk ! tgn abah, sejuk ! bdn abah, panas. pernafasan die semkin perlahan. aku cuak ! aku kelam kabut ngn along. ibu n usop dh nanges. beberapa minit kemudian, kelihatan mesin pengira perlancaran darah semkin turun ! aku pgg jari tgn abah, sejuk beku !!!!!!!! check pernafasan, sudah tiada. pergelangan, darah berhenti. gegas along panggil nurse. nurse dan doctor check, dan cuba menyambung nyawa abah. tetapi gagal ! tepat kul 10.30PM, Allahyarham Samian bin Abdul Rahim telah meninggalkan kami satu keluarga. org pertama yg aku bgtau adalah, adik abah iaitu pakcik kami belah abah, Che Yan. Ya Allah, terasa amat berat nk lepaskan abah pergi. tetapi kami terpaksa. Allah lebih sygkan beliau. Aku bersyukur sgt perjalanan pemergian abah sgt tenang. Mudah-mudahan arwah ditempatkan bersama2 org yg beriman. Aminnn. Al-Fatihah ~


Diari seorang gadis naif,
Aien Samian.
baru berusia 22tahun,
sedang menanggung keperluan hidup keluarga,
bersama2 seorang ibu tunggal.





2 comments:

  1. Sabar dik.. Ade hikmah ats sgala yg trjadi.. Kita doakan arwah tenang brsama hamba2 Allah yg beriman.. Pesan akk.. Kuatkan smgt.. Walau ape pun jd.. Or org kate or ape je.. Pekak kan telinga.. Dia lebih mengetahui.. Pada Dia kit memohon dan meminta..Dia xkn hampakan doa hambaNya yg tulus.. InsyaAllah.. Fight..fight fot a better life.. Mak and adik perlukan ain.. Pegang amanah tu sebaik mgkin.. Akk yakin ain kuat.. -k.nina

    ReplyDelete
  2. ya ALLAh peritnye penderitaan kawan aku tanggung...
    aku faham pe ko rase.. aku menangis membaca semua nie sebab aku dah rasa pe yang ko rase skang.. tp ko smpat jmpa n jaga ayahh ko ketika die nazak dan menghembuskan nafas terakhir,, aku xdpt weii aku pulang semuanya dah kaku. . ain aku tau ko kuat dan tabah hadapinya sebagaimana aku. . ko xda ayah aku xda mak.. sama2 la kita hadiahkan alfatihah tuk mereka..

    ur lovely frendz- qila

    ReplyDelete